Sunday, August 1, 2010

Keperitan yang dialami apabila kafeteria ditutup selama dua minggu

Tiga buah fakulti telah digemparkan dengan berita bahawa kafeteria telah ditutup selama dua minggu arahan daripada Kementerian Kesihatan. Ini adalah berikutan kerana pihak Kementerian Kesihatan kurang berpuas hati dengan kebersihan kafeteria terutama sekali di bahagian dapur yang kurang bersih. Pihak kafeteria telah dikuarantinkan selama dua minggu untuk memastikan mereka menggunakan masa itu untuk membersihkan kafeteria tersebut.
Selama dua minggu kafeteria ditutup, kami terpaksa melalui saat- saat getir. Ini bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar, tetapi juga melibatkan staff dan juga pensyarah- pensyarah. Pensyarah terpaksa membeli makanan diluar, dimana ini telah mengambil masa yang lama tambahan jikalau mereka terpaksa mengejar waktu untuk pergi ke kelas selepas waktu makan. Keperitan ini turut dirasai oleh pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar tidak mempunyai kenderaan, jadi mereka terpaksa berjalan kaki untuk mencari tempat makan yang lain yang boleh tahan juga jauhnya.
Tambah menyedihkan apabila mereka yang mempunyai kelas pada waktu pagi dan petang. Mereka tidak mempunyai jarak masa yang panjang. Jadi mereka terpaksa berkejar kejaran semata-mata untuk makan tenghari kemudian kembali ke kelas untuk meneruskan pengajian untuk sesi petang semula. Kadang-kadang sehingga mereka tidak sempat menunaikan waktu solat zohor.
Bukan itu sahaja, penutupan kafeteria ini juga telah merugikan semua pihak. Makanan yang dijual dikafeteria ini bukan sahaja sedap, malahan hargannya juga sangat murah dan ini sekaligus dapat menjimatkan wang pelajar untuk membeli makanan diluar atau ditempat lain dengan harga yang lebih mahal dan tinggi. Pensyarah-pensyarah juga yang telah biasa makan dikafeteria ini susah untuk mencari kedai makan lain, lebih-lebih lagi yang dapat memenuhi selera makan mereka.
Kafeteria ini sangat penting bagi pelajar-pelajar dan juga para pensyarah. Tambahan lagi, kafeteria ini telah dikongsi oleh tiga buah fakulti iaitu fakulti komunikasi dan pengajian media, fakulti sains sukan dan rekreasi dan juga fakulti sains pentadbiran polisi.

No comments:

Post a Comment