Sunday, August 1, 2010

media antara realiti dan persepsi?

Pada pendapat saya media ialah satu medium yang menjadi perantaraan untuk menyampaikan maklumat atau informasi keadaan semasa. Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat. Media haruslah menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan sosial budaya, telah berkembang media-media lain yang kemudian dikelompokkan ke dalam media massa. Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi telah meningkatkan saiz, kepantasan,, dan kecekapan media tradisional serta melahirkan bentuk- bentuk media baru khususnya yang bersifat digital dan elektronik.
Oleh kerana media menjadi medium yang utama bagi penyampaian maklumat, kita sering tertanya adakah berita, cerita atau infomasi yang diberikan oleh media itu tepat? Adakah ia relaiti ataupun sekadar fantasi sahaja. Perkara ini yang sering bermain-main difikiran kita. Seperti yang kita tahu, persepsi ialah bagaimana cara kita menilai atau melihat sesuatu daripada kaca mata kita sendiri. Manakala realiti pula ialah sesuatu yang terjadi atau perkara yang betul- betul berlaku di alam nyata.
Media sering dikaitkan antara realiti dan persepsi. . Secara perlahan-lahan dan juga efektif, media membentuk pandangan pemikirnya terhadap bagaimana seseorang melihat peribadinya dan bagaimana seseorang seharusnya berhubungan dengan dunia sehari-hari menerusi pandangan mata mereka sendiri.

Kita boleh melihat dari segi media itu menyampaikan maklumat atau berita. Kadangkala mereka hanya menokok tambah supaya menjadikan berita atau maklumat itu lebih sensasi. Perkara yang sepatutnya realiti tapi disampaikan menerusi persepsi mata mereka yang tidak diketahui kebenarannya. Kita dapat melihat ini, lebih-lebih lagi jikalau berita itu berunsurkan hiburan. Banyak perkara yang diceritakan menerusi persepsi mata mereka sendiri, daripada apa yang mereka lihat atau pandang, tanpa ada bukti yang kukuh.
Akibatnya, terjadilah perkara-perkara yang tidak menyenangkan antara media dan orang ramai. Media akan dilabel sebagai bahan yang tidak boleh dipercayai lagi dan mereka akan lebih berhati-hati sekiranya media menyampaikan lagi maklumat atau berita, supaya mereka tidak mendapat maklumat atau informasi salah.
Contoh yang dapat kita lihat ialah daripada maklumat yang disampaikan oleh media tentang masyarakat peribumi Sarawak. Kebanyakan media menyampaikan informasi bahawa masyarakat peribumi di Sarawak telah mendapatkan kehidupan yang jauh lebih sempurna malahan setaraf dengan apa yang kita ada sekarang. Tetapi hakikatnya, masyarakat peribumi di Sarawak masih lagi mundur. Malahan, mereka masih lagi hidup berpindah randah. Maklumat yang disampaikan oleh media ini ternyata mampu mengelirukan orang ramai. Berita yang sepatutnya realiti telah digambarkan atau diceritakan melalui persepsi atau hanya pandangan mata mereka sahaja. Kebanyakan informasi ini banyak disampaikan oleh media-media asing.
Secara kesimpulannya, media antara realiti dan persepsi adalah satu pernyataan yang sangat bersesuaian. Pihak media sepatutnya menjadikan sesuatu informasi atau berita yang ingin disampaikan, disampaikan dengan bukti yang kukuh ataupun pastikan ianya terjadi dialam maya dan bukan hanya berdasarkan pandangan dari kaca mata sendiri. Media bukanlah tidak boleh langsung untuk memberikan pandangan ketika menyampaikan maklumat, Cuma jikalau berita itu berita yang pentinag atau informasi yang berguna untuk masyarakat, mereka sepatutnya menyampaikan perkara yang benar serta hujah yang tepat dan betul supaya masyarakat mendapat maklumat yang berdasarkan realiti dan bukanlah hanya dari sege persepsi sahaja. Kerana jikalau dari segi persepsi sahaja sudah tentu ramai orang boleh melakukannya.

No comments:

Post a Comment